PENGENALAN

 

Sumber merupakan nadi sesebuah sekolah.  Selain berfungsi sebagai tempat terhimpunnya pelbagai koleksi bahan pendidikan ianya merupakan penggerak kepada kecemerlangan sesebuah sekolah melalui program yang dirancang bersama oleh  semua peringkat dalam organisasi sekolah.

Di sekolah ini, konsep pusat sumber telah berkembang dengan menjadikan sekolah sebagai pusat sumber. Ianya bermaksud keseluruhan kawasan sekolah merupakan pusat sumber iaitu menyediakan pelbagai maklumat untuk pelajar sejajar dengan slogan belajar bila-bila dan di mana-mana.  Berdasarkan slogan itulah stesen-stesen telah dibentuk dengan harapan ia membekalkan maklumat kepada murid –murid dan melebarkan ruang untuk murid-murid mencari maklumat selain memudahkan mereka mendapatkan maklumat. Maklumat yang dihimpunkan adalah mengikut keperluan pelajar yang berbeza-beza.

Ruang lingkup pencarian maklumat murid  diuaskan lagi dengan adanya teknologi tanpa sempadan iaitu internet.  Pss SMKRPK turut menyediakan kemudahan bilik ICT yang dikenali sebagai Studio Kpec untuk kegunaan pelajar selain makmal komputer yang sedia ada. Ia juga merupakan satu daripada stesen rangkaian maklumat hasil sumbangan  KPerak Inc.

Advertisements
Leave a comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s